Quantcast
Channel: Madrasah Hashimiah
Viewing all 278 articles
Browse latest View live

Lawatan Anak-anak Hashimiah Ke I-City

$
0
0



4 Mac 2015- Madrasah Hashimiah mengadakan lawatan ke I-City. Lawatan ini dilakukan sempena tamat peperiksaan. Keriangan para pelajar dapat dirasai dengan bunyi riuh-rendah mereka bersiap selepas solat asar. Semua pelajar luar berkumpul seawal pukul 5.30 petang sebelum bergerak dengan menaiki bas ke destinasi. Keseronokkan mereka bertambah dengan kehadiran pengerusi Madrasah Hashimiah, En. Muhammad yang lebih dikenali dengan panggilan mesra 'Abang Mat' oleh para pelajar.

Anak-anak dibahagikan kepada beberapa kumpulan 

Para pelajar Hashimiah mendengar taklimat daripada Ustaz Hashim 


Setelah mendengar taklimat oleh Ustaz Hashim, semua pelajar dan guru menaiki bas dan bertolak ke I-City. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Snowalk, Ferris wheel dan lain-lain lagi. Pihak Madrasah Hashimiah bercadang untuk adakan lawatan seperti ini di masa akan datang.


Anak-anak Hashimiah di dalam Snowalk
Anak-anak Hashimiah berehat seketika sebelum masuk semula 


Pulang ke Madrasah pada pukul 12.30 malam. Walaupun kelihatan letih, tetapi kepuasan jelas terpampang diwajah mereka. Kegembiraan mereka bertambah lagi dengan pengumuman cuti pada keesokkan harinya (Khamis) oleh Ustaz Hashim. Alhamdulillah, pengalaman ini dapat dikongsi bersama oleh para pelajar dan guru, terutamanya mereka jarang dapat merasai keseronokkan bercuti di luar.

En. Syed Zamiruddin
Pelajar Pratikal
013-7796061
03-61203263(Pejabat)
mhashimiah@gmail.com

Aktiviti Membuat Rakit Bersama Anak-anak Hashimiah

$
0
0

15 Mac 2015- Madrasah Hashimiah menerima jemputan untuk menyertai aktiviti berakit yang dianjurkan oleh Puan Badarian dan kawan-kawan. Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada anak-anak Hashimiah cara membuat rakit, cara untuk selamatkan diri semasa didalam air dan lain-lain lagi.


Taklimat dari pelatih sebelum membina rakit
Taklimat dari ketua kumpulan sebelum memulakan mencari bahan bina
para peserta sedang membina rakit
para peserta diberi taklimat ringkas untuk keselamatan
para peserta di bahagikan kepada 2 kumpulan
rakit pertama yang dibina sedang  diuji untuk melihat ketahanan rakit.


Seramai 40 orang pelajar yang menyertai aktiviti ini. Aktiviti ini bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 12. Pihak madrasah ingin merakamkan sebanyak-banyak terima kasih kepada semua penyumbang yang diwakili oleh Puan Badariah. Semoga sumbangan mereka ini diterima Allah S.W.T dan setiasa berada dibawah rahmatNya.


 En. Syed Zamiruddin
Pelajar Pratikal (Admin)
013-7796061
03-61203263(Pejabat)
mhashimiah@gmail.com

Keperluan Kenderaan Untuk Keperluan Harian dan Kecemasan

$
0
0


17 Mac 2015 - Madrasah Hashimiah memerlukan sebuah kenderaan untuk kegunaan harian pejabat. Madrasah ini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada kenderaan awam sekiranya terdapat kecemasan (anak-anak yang perlu dibawa ke hospital jika keadaan memaksa), untuk membeli keperluan bahan mentah, ataupun untuk berjumpa para penderma.

Ini menyebabkan kerugian dari segi wang ringgit dan juga masa kepada Madrasah Hashimiah. Seringkali pihak madrasah terpaksa menangguh ataupun membatalkan perjumpaan dengan pihak penderma kerana masalah pengangkutan.

Madrasah Hashimiah amat berharap untuk mendapatkan sebuah kereta terpakai (dalam keadaan baik) untuk kegunaan kami. Sekiranya ada pihak yang ingin menderma sebuah kereta terpakai, mohon untuk menghubungi pejabat Madrasah Hashimiah seperti dibawah. Semoga dengan sumbangan ini dapat memudahkan lagi perjalanan harian Madrasah Hashimiah dan menjadi saham yang berkekala di akhirat kelak, amin. 


En. Mohd Hadi Ramlee
Pembantu Pegawai Tadbir
011-1150 6469
03-61203263(Pejabat)
mhashimiah@gmail.com

Hubungi

$
0
0


Madrasah Anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah

Pengetua: Ustaz al-Hafiz Hashim bin Kassim
Admin: Encik Mohd Hadi Ramlee  (011-11506469)
Pejabat: 03-6120 3263, 03-6127 5582

Alamat: 
No. 111-3, Kompleks Pasar Borong, Jalan 2/3A, KM12 Jalan Ipoh, Selayang, 
68100 Batu Caves, Kuala Lumpur

FB: www.facebok.com/hashimiah
Email: mhashimiah@gmail.com



Untuk sumbangan, boleh salurkan ke akaun CIMB 8600202864 atas nama Madrasah Hashimiah

Madrasah Hashimiah juga menerima pelajar latihan industri (practical training/interns). Antara tugasan seperti pengurusan projek, pengurusan sukarelawan, kerja sosial, psikologi kanak-kanak, pendidikan dan lain-lain.

Keperluan Bahan Mentah Harian

$
0
0


18 Mac 2015- Bekalan bahan mentah di Madrasah Hashimiah telah berkurangan. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
  1. Susu pekat - 100 tin (3 tin /sehari)
  2. Vitamin C - untuk 60 orang (sehari/sekali)
  3. Minyak masak - 250 kg (8 kg/sehari)
  4. Daging - 4 kotak (1 kotak/seminggu) (RM280 sekotak 20kg)
*bekalan untuk 1 bulan.




Sebelum ini, pihak madrasah ada menerima sumbangan daging, tetapi diatas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, pihak penyumbang tidak lagi dapat meneruskan sumbangan mereka. Pihak madrasah sedang mencari penyumbang baru. 



Untuk makluman anda, Madrasah Hashimiah ialah sebuah sekolah yang menempatkan anak-anak pelarian Myanmar Muslim dan Rohingya. Anda boleh merujuk www.facebook.com/hashimiah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kami. 
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi no. berikut:
013-7796061 (Encik Syed)
011-11506469 (Encik Hadi)
03-61203263 (Pejabat)

Syed Zamiruddin
Admin
Madrasah Hashimiah
013-7796061
03-61203263(Pejabat)

Keperluan Toner Katrij Printer

$
0
0

23 Mac 2015 - Alhamdulillah, hasil sumbangan beberapa pihak, Madrasah Hashimiah kini mempunyai 3 buah printer untuk kegunaan pejabat.

Berikut adalah senarai printer kegunaan Madrasah Hashimiah serta kegunaannya:


Ink Canon MP3570 berharga RM60 dari Plaza Low Yat 

CANON MP3570 (colour) - digunakan untuk kebanyakkan tugas- tugas pejabat, surat rasmi, draf borang, kertas peperiksaan dan lain-lain.
SAMSUNG ML-1678 (black) - digunakan untuk mencetak nama-nama pelajar di sijil dan kad laporan prestasi pelajar.
HP OFFICEJET 7612 (colour) - Jarang digunakan, hanya untuk mencetak high quality item seperti contoh risalah dan logo madrasah.


Madrasah Hashimiah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma diatas sumbangan yang diberikan ini. 

Sesiapa yang berminat untuk menaja katrij toner  untuk printer-printer tersebut, bolehlah melayari laman sesawang dibawah untuk membuat pembelian online:





SAMSUNG ML-1678 menggunakan toner MLT-D104S

https://www.tonersave.com.my/?s=MLT-D104S&s_cs=true




HP OFFICEJET 7612 menggunakan toner 932XL (black) dan 933XL (cyan / magenta & yellow)

http://www8.hp.com/my/en/products/oas/product-detail.html?oid=5094882 (Black)

http://www8.hp.com/my/en/products/oas/product-detail.html?oid=5094905 (Cyan)

http://www8.hp.com/my/en/products/oas/product-detail.html?oid=5094910(Magenta)

http://www8.hp.com/my/en/products/oas/product-detail.html?oid=5094917 (Yellow)


Pembelian boleh dialamatkan terus ke:

Madrasah Hashimiah
No.111-3, Kompleks Pasar Borong,
Jalan 2/3A, KM12, Jalan Ipoh, Selayang
68100 Batu Caves, Kuala Lumpur
Tel: 03-6120 3263


Sebarang pertanyaan mengenai Madrasah Hashimiah, sila hubungi:

En. Mohd Hadi Ramlee
Pembantu Pegawai Tadbir
011-1150 6469
03-61203263(Pejabat)
mhashimiah@gmail.com

Sejarah Penubuhan Madrasah Hashimiah

$
0
0
Ustaz al-Hafiz Hashim Bersama Muhammad bin Kamarulazizi, Pengasas Kindness Dot My


Ustaz al-Hafiz Hashim b. Kassim menamatkan pengajian beliau di sebuah madrasah di Myanmar dan seterusnya merantau di Thailand selama beberapa tahun sebelum berhijrah ke Malaysia.

Bermulanya perjalanan sejarah usaha Ustaz al-Hafiz Hashim b. Kassim mendirikan sekolah anak-anak yatim ini di Selayang pada tahun 1994. Pada waktu itu Ustaz Hashim bekerja sebagai penolak sayur di Pasar Besar Borong Baru Selayang selama 3 tahun.

Ustaz Hashim kurang senang melihat anak-anak bangsanya yang tak terurus dan kurangnya pendidikan asas. Apabila ditanya, mereka memberitahu bahawa tidak ada guru mahupun ustaz atau ustazah yang sanggup mengajar mereka. Malahan Ustaz Hashim perhatikan ramai yang berkeliaran tanpa haluan malah ada yang mencuri, bergaduh dan sebagainya.

Pada ketika itulah Ustaz Hashim membuat keputusan menawarkan khidmat mengajar Iqra dan Al-Quran secara percuma, bermula dengan anak-anak kecil seramai empat sekitar usia 7-8 tahun.

Pembelajaran mereka bermula daripada jam 9am-10am, setiap hari. Setelah 6 bulan kanak-kanak pengajian Iqra bertambah lagi seramai 5 orang, dan  dalam tempoh setahun pelajar Ustaz Hashim meningkat kepada 15 orang.

Di sekitar tahun 1997, usaha Ustaz Hashim berterusan sehingga jumlah pelajarnya menjadi seramai 30 orang. Apabila pelajar-pelajar semakin ramai maka waktu pembelajaran mereka ditambah kepada 10am-12pm dan 6pm-8pm. Pada masa itu Ustaz Hashim hanya menggunakan bilik sewanya untuk mengajar mereka.

Ustaz Hashim kemudiannya membuat keputusan untuk berhenti kerja demi memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengajar anak-anak bangsanya. Setelah beberapa ketika, Ustaz Hashim menyewa bilik yang lebih besar sedikit bagi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah. Lingkungan usia pelajar-pelajarnya pada masa ini adalah sekitar 8-13 tahun. Ustaz Hashim juga memulakan perniagaan kecil-kecilan untuk menampung kos sara hidup serta perbelanjaan Madrasah Hashimiah.

Pada tahun 2001, Ustaz Hashim menggajikan seorang guru bagi membantunya menguruskan Madrasah Hashimiah. Pada tahun 2004, jumlah pelajar Ustaz Hashim meningkat kepada 70 orang dan guru bertambah kepada 3 orang. Pada ketika ini, United Nation High Commisioner for Refugees (UNHCR) mula memberi perhatian kepada perjuangan Ustaz Hashim. Melaluinya, beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah diperkenalkan kepada Madrasah Hashimiah.

Pada sekitar 2013, Kindness Dot My, sebuah social enterprisetelah melibatkan diri dengan perkembangan Madrasah Hashimiah. Dengan bantuan Kindness Dot My, Madrasah Hashimiah sekarang mempunyai sebuah pejabat untuk sebarang urusan rasmi. Kindness Dot My juga menguruskan laman web Madrasah Hashimiah (hashimiah.blogspot.com) supaya orang awam dapat mendapatkan maklumat mengenai madrasah ini. Madrasah Hashimiah juga diperkenalkan kepada orang awam melalui media sosial Facebook (www.facebook.com/hashimiah).

Pada tahun 2010, 2012 dan 2014, Madrasah Hashimiah telah menyertai Musabaqah Tilawah Al-Quran Antara Rumah-rumah Kebajikan Selangor anjuran Rumah Kebajikan Siti Khadijah. Adik Anwar Shah, pelajar hafiz didikan Ustaz Hashim, telah muncul Johan Qari selama 3 kali berturut-turut. Malah pada tahun 2014, adik Bibi Aisah juga muncul sebagai Naib Johan Qariah.

Kini, pada tahun 2015, Madrasah Hashimiah menempatkan kira-kira 180 orang pelajar (50 daripadanya menetap di dalam madrasah) dan 15 orang tenaga pengajar. Antara subjek yang diajar disini adalah Hafazan Al-Quran, Iqra’, Bahasa Malaysia, Bahasa Myanmar, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kelas Komputer.

Dengan bertambahnya jumlah pelajar dan guru, Madrasah Hashimiah menampung beban kos yang tinggi dalam usaha untuk terus beroperasi dengan lancar. Tambahan pula, kos bahan mentah yang semakin meningkat menyukarkan lagi usaha ini.

Alhamdulillah, terdapat beberapa pihak yang sering menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit demi membantu Madrasah Hashimiah untuk terus beroperasi. Akan tetapi jumlah bantuan kewangan yang diterima masih kurang mencukupi berbanding dengan keperluan masakini Madrasah Hashimiah.


Oleh yang demikian, Madrasah Hashimiah menyambut baik usaha mana-mana pihak yang ingin membantu Madrasah Hashimiah dari segi kewangan ataupun dalam hal-hal lain.

Persediaan Majlis Penyampaian Hadiah ke-15 Madrasah Hashimiah

$
0
0


16 April 2015 - Lebih kurang sebulan sahaja lagi, Madrasah Hashimiah akan menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah kali ke-15 bagi meraikan para pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam pembelajaran masing-masing.

Para kakitangan madrasah bersama-sama dengan beberapa sukarelawan dari Kindness Dot My telah mula membuat persediaan demi memastikan Majlis Penyampaian Hadiah ke-15 ini dapat berjalan dengan lancar.

Inshaallah, peperiksaan hafazan Al-Quran akan diadakan pada 3 Mei 2015 manakala peperiksaan akademik pula akan diadakan pada 11 dan 12 Mei 2015.

Majlis Penyampaian Hadiah ke-15 ini akan diadakan pada 17 Mei 2015 (Ahad).

Sebarang pertanyaan mengenai majlis ini, ataupun sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan di majlis tersebut, mohon hubungi:


En. Mohd Hadi Ramlee
Pembantu Pegawai Tadbir
011-1150 6469 (WhatsApp, SMS, Tel)
03-6120 3263 (Pejabat)
03-6127 5582 (Faks)
mhashimiah@gmail.com

Tajaan Hadiah Untuk Pelajar Cemerlang Madrasah Hashimiah

$
0
0



29 April 2015- Madrasah Hashimiah akan mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah pada 17 Mei 2015. Pelbagai persiapan sedang dijalankan. Alhamdulillah pihak DBKL juga sudah memberi kebenaran untuk memasang khemah di hadapan Madrasah Hashimiah. Bagi tahun ini, tiga anak murid Madrasah Hashimiah telah berjaya tamat menghafaz 30 juzuk ayat suci al Quran. 

Majlis kali ini juga akan meraikan kejayaan murid-murid dari segi akademik dan juga agama. Setiap murid yang cemerlang dalam setiap subjek akan mendapat hadiah merupakan barangan elektrik. Seperti tahun-tahun sebelum ini, hadiah ini cukup bermakna kerana dapat digunakan seharian dan meringankan beban keluarga di rumah. Bagi yang tinggal di asrama, hadiah yang paling popular sekali ialah seterika.



kipas tinggi

periuk nasik

seterika
Madrasah Hashimiah amat mengalu-alukan tajaan hadiah daripada orang ramai. Antara hadiah yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Kipas Panjang-   RM 150-   18 unit
  2. Periuk Nasi-       RM 100-   18 unit
  3. Seterika-             RM 80-     18 unit
Sesiapa yang berminat untuk menaja barangan elektrik tersebut boleh menghubungi pihak  kami di 03-61203263 atau 03-61275582.

En. Mohd Hadi Ramlee
Pembantu Pegawai Tadbir
011-1150 6469 (WhatsApp, SMS, Tel)
03-6120 3263 (Pejabat)
03-6127 5582 (Faks)
mhashimiah@gmail.com

Peperiksaan Terakhir Sebelum Majlis Penyampaian Hadiah

$
0
0


03 Mei 2015 - Hari ini bermulanya peperiksaan agama bagi para pelajar Madrasah Hashimiah. Mereka diuji dalam pelbagai aspek, antaranya hafazan, tajwid, tauhid. Peperiksaan bermula pada seawal 8 pagi sehingga 12 tengahari.



proses pernilaian sedang dijalankan

Beberapa orang guru agama yang mahir dalam bidang masing-masing dijemput untuk menilai prestasi para pelajar madrasah. Guru-guru tersebut akan memberikan markah mengikut kemahiran para pelajar dan memilih pelajar cemerlang yang akan menerima hadiah di Majlis Penyampaian Hadiah ke-15 pada 17 Mei nanti.


Madrasah Hashimiah amat mengalu-alukan tajaan hadiah daripada orang ramai. Antara hadiah yang diperlukan adalah seperti berikut:

Kipas Panjang-   RM 150-   18 unit
Periuk Nasi-       RM 100-   18 unit
Seterika-             RM 80-     18 unit


Sesiapa yang berminat untuk menaja barangan elektrik tersebut boleh menghubungi pihak kami di 03-61203263 atau 03-61275582.


En. Mohd Hadi Ramlee

Pembantu Pegawai Tadbir
011-1150 6469 (WhatsApp, SMS, Tel)
03-6120 3263 (Pejabat)
03-6127 5582 (Faks)
mhashimiah@gmail.com




Majlis Penyampaian Hadiah ke 15 Berlangsung Dengan Jayanya

$
0
0


17 Mei 2015 - Alhamdulillah, Majlis Penyampaian Hadiah Ke-15 telah selesai dengan jayanya. Selain daripada para ibubapa pelajar, majlis turut dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat, para dermawan, para sukarelawan dan penduduk sekitar kawasan pasar borong Selayang.

Dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Qari Abdul dan Ustaz Qari Saifullah, majlis diteruskan dengan ucapan dari pengetua madrasah, Ustaz al-Hafiz Hashim dan jemputan khas dari Myanmar, Maulana al-Hafiz Samiullah.

sesi memberi sijil kepada para Hafiz dan Hafizah

Seorang Hafiz dan dua Hafizah untuk Majlis Penyampaian Hadiah tahun ini

donatur yang menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang

sijil-sijil untuk murid cemerlang

Datin Hanis dan Datin Mariam antara donatur kuat Madrasah Hashimiah

Upacara penyampaian hadiah diselangi dengan persembahan nasyid dan lakonan berbahasa Inggeris dari anak-anak didik Madrasah Hashimiah. Para tetamu kehormat dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang.

anak-anak Madrasah Hashimiah

ibu bapa dan penjaga turut hadir

Majlis ditamatkan dengan jamuan makan tengahari yang dibuka kepada orang ramai.

Terima kasih diucapkan kepada para dermawan dan sukeralawan khususnya dari Kindness Malaysia, Yayasan Tzu Chi, Sanggar Suri, Unit CIA TM, Maliqa Mediterranean Cuisine, Grenz Health Sdn. Bhd., Datin Hanis Hussein, Puan Badariah, Puan Shazlein Nazliela, Puan Noreen Kamaruddin dan rakan-rakan serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Penyampaian Hadiah Ke-15 ini.


Mohd Hadi Ramlee
Pen. Pegawai Tadbir
Madrasah Hashimiah
011 - 1150 6469

Peluang Untuk Tajaan Berbuka Puasa Kini Dibuka

$
0
0


Sedar tak sedar, Ramadhan semakin hampir. Sepertimana bulan-bulan Ramadhan sebelum ini, Madrasah Hashimiah akan menguruskan berbuka puasa untuk anak-anak madrasah dan komuniti Myanmar Muslim dan Rohingya sekitar kawasan Pasar Borong Selayang.

Dengan tajaan sebanyak RM500, hampir 200 orang dapat menikmati juadah berbuka dimana Madrasah Hashimiah menyediakan bubur daging istimewa, bubur barli, bihun dan kacang goreng.

Madrasah Hashimiah membuka peluang kepada orang ramai untuk menaja warga komuniti pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim termasuk anak-anak yatim dan miskin untuk berbuka puasa.

Anak-anak Madrasah Hashimiah berbuka puasa dengan tajaan dari para penderma (2014)

Kepada yang berminat untuk menaja atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai madrasah ini, bolehlah berhubung terus dengan bahagian pentadbiran Madrasah Hashimiah. Pihak Madrasah juga menerima sumbangan fidyah mengikut kadar yang ditetapkan oleh Pusat Zakat iaitu RM1.80 sehari. Untuk pengiraan fidyah, boleh rujuk di sini.

Mohd. Hadi Ramlee
Penolong Pegawai Tadbir
03-6120 3263 / 03-6127 5582 (Pejabat)
011-1150 6469 (Telefon, SMS, WhatsApp)
Email: mhashimiah@gmail.com

Buburma Resepi Bubur Lambuk Istimewa dari Myanmar

$
0
0

25 May 2015 - Masakan istimewa di Madrasah Hashimiah, bubur berasaskan resepi Burma (Myanmar) atau Buburma ini menjadi makanan khas yang hanya dimasak hanya pada bulan Ramadhan. Buburma ini strukturnya hampir sama dengan bubur lambuk tempatan tetapi bahan yang digunakan adalah berbeza. Buburma dihasilkan dari 7 jenis kacang dan hirisan daging cincang dimasukkan sekali bagi menambah rasa buburma ini. Tempoh masa untuk menyediakan buburma ini juga agak lama dna perlukan kesabaran yang tinggi.


bawang besar dimasukkan tanpa dipotong untuk lerai sendiri dalam periuk

Buburma menjadi hidangan utama berbuka puasa
buburma dijual di depan Madrasah Hashimiah
Buburma menjadi makanan utama untuk berbuka puasa di Madrasah Hashimiah. Lebih kurang 300 ke 400 bungkus buburma juga dijual setiap hari bermula jam 4 petang. Setiap bungkus dijual dengan harga RM2 dan biasanya menjelang jam 6.30 petang semua buburma habis dijual. Hasil dari jualan ini akan menjadi salah satu sumber pendapatan bagi Madrasah Hashimiah.

Mohd. Hadi Ramlee
Penolong Pegawai Tadbir
03-6120 3263 / 03-6127 5582 (Pejabat)
011-1150 6469 (Telefon, SMS, WhatsApp)
Email: mhashimiah@gmail.com




Apa Itu Fidyah dan Tanggung Jawab Kita

$
0
0


Fidyah

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.

Hukum Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

Sebab-sebab Dikenakan Fidyah

1. Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2. Perempuan hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3. Ibu yang menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4. Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Taksiran Fidyah

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

Kadar Bayaran Fidyah

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.75.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20

Sumber : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan www.maiwp.gov.my

Hari Terakhir Encik Hadi Bersama Madrasah Hashimiah

$
0
0

5 Jun 2015 adalah hari terakhir En Mohd Hadi Ramlee di Madrasah Hashimiah. Madrasah Hashimiah bakal kehilangan seorang petugas yang bersemangat, berdedikasi dan rajin. Namun begitu kami mendoakan agar En Hadi berjaya dalam apa jua bidang yang bakal diceburi selepas ini.

Selama lebih setahun En Hadi menghabiskan 24 jam masanya di Madrasah Hashimiah bersama anak-anak semua. Dengan panggilan abang Hadi, anak-anak hashimiah selesa bersama beliau dalam mengadu masalah dan bermanja terutamanya bagi anak-anak yatim dan anak-anak yang tinggal berjauhan dengan keluarga.

Bukan sahaja Ustaz Al Hafiz Hashim juga turut merasa akan kehilangan En Hadi di Madrasah Hashimiah namun penderma-penderma juga turut merasakannya.

Namun begitu perjuangan kami di Madrasah Hashimiah tidak akan pernah berakhir, semangat En Hadi juga akan kami bawa bersama perjuangan ini.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada En Mohd Hadi Ramlee. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda ke sini lagi.

Siti Nor Juliana Binti Jaafar
018-2882 754 (WhatsApp, SMS, Tel)
03-6120 3263 (Pejabat)
03-6127 5582 (Faks)
mhashimiah@gmail.com


Penukaran Nombor Telefon Madrasah Hashimiah

$
0
0


08 Jun 2015 - Sukacita dimaklumkan pejabat Madrasah Hashimiah telah menambah satu nombor telefon baru untuk kemudahan orang ramai menghubungi kami. Nombor baru pejabat Madrasah Hashimiah adalah:

03-6127 5582 (Madrasah Hashimiah masih lagi menggunakan nombor lama iaitu 03-6120 3263)

Untuk makluman semua, memandangkan En. Mohd Hadi sudah tidak lagi berkhidmat di Madrasah Hashimiah, segala urusan pejabat Madrasah Hashimiah akan diuruskan oleh Siti Nor Juliana. No telefon bimbit juga berubah dari 011-1150 6469 ke 018-2882 754.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya seperti dibawah.

Harap maklum, terima kasih.

Siti Nor Juliana (+6018-2882 754)
Pejabat:
Tel: +603-6120 3263
Tel/Faks: +603-6127 5582 
Email: mhashimiah@gmail.com

Vacuum Cleaner Diperlukan Untuk Kebersihan Ruang Solat

$
0
0
Vacuum Cleaner Heavy Duty
9 Jun 2015 Bab kebersihan amatlah dititikberatkan di Madrasah Hashimiah. Anak-anak dididik untuk membersihkan madrasah secara bergotong-royong. Dengan ini madrasah memerlukan vacuum cleaner bagi menggantikan vacuum cleaner lama yang telah rosak untuk memastikan ruang madrasah dibersihkan dengan baik. Ini kerana mereka menggunakan ruang yang sama untuk solat, belajar dan tidur.

Heavy duty vacuum cleaner diperlukan untuk membuang habuk dan juga mencuci lantai di madrasah manakala vacuum cleaner portable diperlukan untuk kegunaan pejabat yang menempatkan komputer dan barangan bantuan pembelajaran madrasah.
portable vacuum cleaner


Anggaran kos yang diperlukan adalah seperti berikut;
  1. Heavy duty vacuum cleaner RM600-RM800
  2. Portable vacuum cleaner RM150-RM250
Bagi anda yang bermurah hati dan berminat untuk menaja vacuum cleaner ini atau ada sebarang pertanyaan boleh hubungi pejabat Madrasah Hashimiah di talian 0182882754.


Siti Nor Juliana (+6018-2882 754)
Pejabat:
Tel: +603-6120 3263
Tel/Faks: +603-6127 5582 
Email: mhashimiah@gmail.com



Tauliah Mengajar dan Bersyarah

$
0
0

10 Jun 2015 Alhamdulillah hari ini Pengasas Madrasah Hashimiah, Ustaz Mohd Hashim telah pun mendapat Sijil Tauliah Mengajar/Bersyarah daripada Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan(MAWIP).

Ini merupakan sijil yang kedua yang Ustaz Hashim perolehi daripada MAWIP setelah beliau lulus beberapa ujian yang diberikan untuk mendapatkan pentauliahan ini.

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Hashim khususnya dan Madrasah Hashimiah amnya diatas pertauliahan ini. Semoga dengan ini dapat membakar lagi semangat Ustaz Hashim dalam menyampaikan ilmunya di Malaysia dan madrasah khususnya.


Siti Nor Juliana (+6018-2882 754)
Pejabat:
Tel: +603-6120 3263
Tel/Faks: +603-6127 5582 
Email: mhashimiah@gmail.com

Pengambaran Nona Manis Bantu:Tahrib Ramadhan di Madrasah Hashimiah

$
0
0


12 Jun 2015 Pada hari ini telah berlansung penggambaran slot Nona iaitu Nona Manis Bantu:Tahrib Ramadhan di Madrasah Hashimiah. Seramai tiga orang finalis Nona Manis iaitu Uyaina, Edora dan Mariam telah pun membuat penyampaian sumbangan daripada orang ramai kepada anak-anak madrasah.

Selain daripada itu, mereka juga telah membuat aktiviti bersama anak-anak madrasah iaitu bacaan yasin, pertandingan mewarna dan bersama "clown". Alhamdulillah majlis berjalan dan anak-anak madrasah sangat terhibur dah berterima kasih dengan kedatangan mereka.

Edora Nona Manis bersama anak-anak Hashimiah

Rakaman daripada TV3



Uyaina Nona Manis selfie bersama anak-anak Hashimiah

Pihak Madrasah Hashimiah juga telah menerima sumbangan vacuum cleaner yang sangat diperlukan untuk membersihkan ruang solat dan pejabat. Terima kasih kami ucapkan kepada Nona terutamanya segmen Nona Manis Bantu:Tahrib Ramadhan kerana memilih Madrasah Hashimiah untuk pengambaran kali ini.

Madrasah Hashimiah mendoakan ketiga-tiga finalis Nona Manis iaitu Cik Uyaina, Cik Mariam dan Cik Edora berjaya di dalam pertandingan ini. Tayangan akan berlangsung pada 12 Julai 2015 di rancangan Nona, TV3.

Siti Nor Juliana (+6018-2882 754)
Pejabat:
Tel: +603-6120 3263
Tel/Faks: +603-6127 5582 
Email: mhashimiah@gmail.com

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa

$
0
0

13 Jun 2015 Pada malam ini, sebahagian daripada anak-anak Madrasah Hashimiah telah pun pergi untuk menyaksikan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di PWTC.

Apa yang dibanggakan adalah pada tahun ini bekas Murabbi Madrasah Hashimiah  mewakili negara Myanmar. Beliau adalah murabbi yang telah membimbing adik Anuar untuk menjadi johan Tilawah al-Quran di antara madrasah anak-anak yatim selama tiga tahun berturut-turut.

Ustaz Yusuf membacakan ayat suci al Quran
Walaupun Ustaz Yusuf tidak mendapat sebarang tempat pada tahun ini tetapi kami yakin beliau telah pun melakukan yang terbaik sebagai Qari yang mewakili negara Myanmar.

Madrasah Hashimiah mengucapkan tahniah kepada Ustaz Yusuf kerana mewakili negara Myanmar sebagai Qari pada tahun ini. Semoga Ustaz Yusuf memperolehi kemenangan dimasa akan datang.

Siti Nor Juliana (+6018-2882 754)
Pejabat:
Tel: +603-6120 3263
Tel/Faks: +603-6127 5582 
Email: mhashimiah@gmail.com
Viewing all 278 articles
Browse latest View live